Organisma hidup: pemantau kesihatan alam sekitar yang unggul / Dr. Nur Athirah Abdullah

Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma hidup meliputi semua hidupan di atas muka bumi yang ditemui di daratan dan juga air. Kepelbagaian tersebut boleh digambarkan dalam bentuk flora dan fauna yang wujud di dunia termasuk di negara kita pada hari ini. Setiap dari organisma hidup ini mempunyai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Nur Athirah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, 2024-01.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biodiversiti merupakan kepelbagaian organisma hidup meliputi semua hidupan di atas muka bumi yang ditemui di daratan dan juga air. Kepelbagaian tersebut boleh digambarkan dalam bentuk flora dan fauna yang wujud di dunia termasuk di negara kita pada hari ini. Setiap dari organisma hidup ini mempunyai fungsinya yang tersendiri di dalam ekosistem dan antara fungsi pentingnya adalah dalam pemantauan biologi. Pemantauan biologi atau 'Biomonitoring' merupakan kaedah unik dan tersendiri dalam menentukan kesihatan alam sekitar. Berbanding kaedah pemantauan alam sekitar yang bersifat konvensional menggunakan mesin dan sensor, pemantauan biologi mengadaptasikan kadar sensitiviti organisma hidup dan responnya terhadap persekitaran sebagai penanda aras akan tahap tahap kesihatan ekosistem. Konsep teras di dalam penggunaan organisma hidup sebagai pemantau biologi adalah untuk mendapatkan maklumat akan tindak balas organismaorganisma ini kepada perubahan atau gangguan. Organisma ini terdiri daripada pelbagai spesies bermula dari organisma yang bersifat mikroskopik sehingga organisma yang bersaiz lebih besar. Pendekatan yang digunakan dalam pemantauan biologi adalah rasional berikutan kemampuan setiap organisma untuk menzahirkan tindak balas sama ada secara fisiologi mahupun tingkah laku dalam persekitaran yang berbeza-beza.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90427/1/90427.pdf