Manuskrip Al-Quran Madura: analisis Ragam Hias dalam Manuskrip Al-Quran Mss 4322 / Siti Azwanie Che Omar, Sedek Ariffin dan Nurul Huda Mohd Din

Salah satu keunikan yang terdapat pada al-Quran lama di Nusantara adalah mewahnya dengan kecantikan seni hias iluminasi. Ragam hias yang terdapat pada al- Quran kebiasaannya hanya terdapat pada bahagian hadapan, tengah dan akhir al-Quran. Setiap hiasan yang dilakarkan pada manuskrip membawa maksud t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Omar, Siti Azwanie (Author), Ariffin, Sedek (Author), Mohd Din, Nurul Huda (Author)
Format: Book
Published: Faculty of Art and Design, 2023-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

MARC

LEADER 00000 am a22000003u 4500
001 repouitm_91150
042 |a dc 
100 1 0 |a Che Omar, Siti Azwanie  |e author 
700 1 0 |a Ariffin, Sedek  |e author 
700 1 0 |a Mohd Din, Nurul Huda  |e author 
245 0 0 |a Manuskrip Al-Quran Madura: analisis Ragam Hias dalam Manuskrip Al-Quran Mss 4322 / Siti Azwanie Che Omar, Sedek Ariffin dan Nurul Huda Mohd Din 
260 |b Faculty of Art and Design,   |c 2023-11. 
500 |a https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91150/1/91150.pdf 
520 |a Salah satu keunikan yang terdapat pada al-Quran lama di Nusantara adalah mewahnya dengan kecantikan seni hias iluminasi. Ragam hias yang terdapat pada al- Quran kebiasaannya hanya terdapat pada bahagian hadapan, tengah dan akhir al-Quran. Setiap hiasan yang dilakarkan pada manuskrip membawa maksud tersendiri dan berkaitan dengan kehidupan masyarakat setempat. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan sebuah manuskrip al-Quran yang berasal dari Madura Indonesia seterusnya menjelaskan secara terperinci berkenaan ciri-ciri dan ragam hias yang terdapat pada manuskrip al-Quran MSS 4322, yang telah menjadi koleksi di Perpustakaan Negara Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan kajian perpustakaan dan bahan sekunder seperti buku, manuskrip dan artikel jurnal. Temu bual bersama pakar juga dijalankan bagi memperolehi data berkaitan maklumat seni hias iluminasi pada manuskrip. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan manuskrip al-Quran MSS 4322 berasal dari negara Madura, Indonesia. Hal ini kerana tertulis pada manuskrip al-Quran nama Pangeran Jimat dan ratu Tirtonegoro yang merupakan pemerintah di Sumenep, Madura pada kurun ke-18 Masihi. Penelitian ini juga menunjukkan tulisan naskhah menggunakan kertas daluang dengan model tulisan gaya naskhi yang kemas, menarik dan konsisten ditulis dalam bingkai bergaris tiga dengan kombinasi warna merah dan hitam. Iluminasinya sangat indah dengan lukisan lingkaran daun hasil daripada kombinasi pelbagai warna. Jilidannya tebal, menggunakan kulit daripada pokok kayu yang diukir dengan lukisan bermotifkan flora yang berkerawang mengikut "block" nya disadur tembaga dan serbuk emas pada kulit dan kelepek jilidan tersebut. Daripada dapatan kajian ini, penulis mengemukakan cadangan supaya manuskrip ini dapat digitalkan sebagai warisan ilmuan supaya ianya kekal lama di samping membantu masyarakat untuk lebih mudah mengakses dalam bentuk digital yang lestari sifatnya. Konklusinya, ragam hias dalam manuskrip al-Quran ini merupakan karya agung yang akan meninggikan martabat seni hiasan hasil lukisan tangan ulama terdahulu secara akademik dan lebih berautoriti kepada generasi digital khususnya dalam bidang seni kreatif warisan budaya Islam, khususnya di Malaysia. 
546 |a en 
690 |a Qurʼan. Koran 
655 7 |a Article  |2 local 
655 7 |a PeerReviewed  |2 local 
787 0 |n https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91150/ 
787 0 |n https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijad/issue/view/1685 
856 4 1 |u https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91150/  |z Link Metadata