Integrasi ilmu Al-Quran dan bidang kejuruteraan: kajian analisis terhadap manfaat air dalam meningkatkan pengeluaran minyak mentah / Amni Haslinda Alpandi, Nurul Badriyah Ali and Amirah Anuar
Allah menciptakan segala sesuatu untuk memudahkan urusan hidup manusia dan membuktikan kekuasaan-Nya. Salah satu tanda kehebatan kuasa-Nya adalah Allah menciptakan air yang dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam bidang kejuruteraan petroleum. Kajian ini dilakukan bertujua...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM),
2023-04.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Allah menciptakan segala sesuatu untuk memudahkan urusan hidup manusia dan membuktikan kekuasaan-Nya. Salah satu tanda kehebatan kuasa-Nya adalah Allah menciptakan air yang dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam bidang kejuruteraan petroleum. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis manfaat air dalam meningkatkan pengeluaran minyak mentah melalui kajian integrasi antara ilmu al-Quran dan bidang kejuruteraan. Penelitian ayat-ayat alQuran berkaitan air hujan telah dilakukan melalui kaedah kualitatif dengan mengumpulkan ayat-ayat berkaitan hujan dalam al-Quran dan menganalis terjemahannya melalui penafsiran ulama terdahulu. Tafsir Fi Zilal alQuran karangan Sayyid Qutb digunakan sebagai sumber primer bagi pengkaji meneliti makna serta memahami isi kandungan ayat-ayat berkenaan. Hasil dapatan juga disokong oleh bukti-bukti saintifik dengan merujuk kepada sumber sekunder. Kajian ini menggunakan metod analisis deskriptif yang melibatkan analisis induktif dan deduktif. Pengkaji mendapati air hujan yang turun ke bumi akan menyerap ke dalam tanah dan disimpan sebagai air bawah tanah. Air ini kemudiannya digunakan dalam bidang kejuruteraan petroleum melalui kaedah suntikan air pada telaga suntikan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah pada telaga pengeluaran. Tulisan ini dapat membuka kaca mata setiap Muslim tentang ruang penafsiran al-Quran yang luas bagi meyakinkan hati mereka bahawa al-Quran adalah satu mukjizat yang tidak bertentangan dengan teori-teori sains. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91877/1/91877.pdf |