Analisis bayaran cucuran kenderaan dalam pentadbiran harta pusaka / Muhamad Muizz Abdullah
Harta pusaka seperti kenderaan mempunyai proses tersendiri dalam proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia terutama melibatkan benefisiari yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang seperti minor bawah 18 tahun dan orang kurang upaya (OKU). Namun demikian, proses pusaka melibatkan kenderaan ini m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM),
2023-12.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Harta pusaka seperti kenderaan mempunyai proses tersendiri dalam proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia terutama melibatkan benefisiari yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang seperti minor bawah 18 tahun dan orang kurang upaya (OKU). Namun demikian, proses pusaka melibatkan kenderaan ini masih kurang diberi perhatian oleh masyarakat kerana melibatkan proses bayaran cucuran daripada pihak penjaga atau penerima melibatkan bahagian benefisiari tersebut. Justeru, makalah ini akan menganalisis proses bayaran cucuran melibatkan kenderaan yang kini dilaksanakan di Amanah Raya Berhad (ARB), iaitu sebuah badan berautoriti yang menguruskan harta alih di bawah RM600 ribu ringgit. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan berasaskan penelitian kepada peruntukan berkanun, artikel jurnal, buku dan laman web rasmi. Selain itu, temu bual secara separa berstruktur turut dijalankan bersama dua orang pegawai ARB. Makalah ini mendapati terdapat pelbagai situasi melibatkan proses bayaran cucuran dan ARB selaku pentadbir bertanggungjawab menjaga hak benefisiari yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang ini dan memastikan manfaat kenderaan tersebut adalah terjamin. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91882/1/91882.pdf |