Biografi bekas juara dunia, silat olahraga: Zakri Ibrahim / Nor Adlina Moinnuddin ... [et al.]

Artikel ini berkisar tentang pengalaman dan perjuangan seorang tokoh dalam silat olahraga iaitu Zakri Bin Ibrahim yang pernah mendapat gelaran sebagai juara dunia dalam silat olahraga pada tahun 2000. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada sumber pembacaan dan juga sumber lisan yang telah dijalankan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Moinnuddin, Nor Adlina (Author), Mokhtar, Nur Amizatul Shahida (Author), Mohd Yunus, Alwi (Author), Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin (Author)
Format: Book
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, 2020-10.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini berkisar tentang pengalaman dan perjuangan seorang tokoh dalam silat olahraga iaitu Zakri Bin Ibrahim yang pernah mendapat gelaran sebagai juara dunia dalam silat olahraga pada tahun 2000. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada sumber pembacaan dan juga sumber lisan yang telah dijalankan bersama beliau. Artikel ini memaparkan tentang latar belakang beliau dan perjalanan hidup dari beliau dilahirkan serta pengalaman beliau ketika berkecimpung dalam silat olahraga. Beliau merupakan atlet yang terawal menyertai silat olahraga di mana pasukan beliau merupakan pasukan pertama yang terlibat dan mewakili Malaysia ke sukan SEA pada tahun 1987. Selain berkongsi pengalaman manis dalam bidang silat olahraga, beliau juga berkongsi pengalaman pahit dan cabaran yang dilalui sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini. Beliau juga merupakan pengasas kepada Persatuan Bekas Pesilat Negara. Dalam konteks ini, beliau juga berkongsi mengenai pencapaian beliau sepanjang menjadi atlet silat negara. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenali dan mengetahui tentang latar belakang dan pengalaman tokoh silat olahraga yang pernah mendapat gelaran juara dunia pada satu ketika dahulu dan memberi pendedahan mengenai sumbangan beliau.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92113/1/92113.pdf