Kesan amang semi proses ke atas kromosom Setcreasea Purpurea Boom / Sarina Hashim

Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malays...

ver descrição completa

Na minha lista:
Detalhes bibliográficos
Autor principal: Hashim, Sarina (Author)
Formato: Livro
Publicado em: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 2002-01.
Assuntos:
Acesso em linha:Link Metadata
Tags: Adicionar Tag
Sem tags, seja o primeiro a adicionar uma tag!
Descrição
Resumo:Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM.). Medium penahaman bagi bioindikator tumbuhan, Setcreasea purpurea Boom terdiri daripada (a) tanah kawalan, (b) campuran tanah-amang semi proses (3:1) dan (c) campuran tanah-amang semi proses (1 :3). Sampel hujung akar dikumpulkan selepas lima hari penanaman sebingga hari ke-15. Sampel yang telah diambil dikenakan praperlakuan, penetapan dan hidrolisis sel sebelum diwarnakan dengan larutao aseto karmein (2%). Teknik skuas sampel hujung akar diatas slaid basah menyediakan satu lapisan sel nipis untuk penyaringan kromosom. Analisis sitologi kromosom somatik mendapati kromosom tumbuhan ini 2n = 24; terdiri daripada empat metasentrik dan lapan submetasentrik. Medium pertumbuhan mengandungi amang semi proses didapati menyebabkan kejadian aberasi kromosom yang dikesan daripada serakan kromosom metafasa dalam sel hujung akar. Tahap kerosakan kromosom didapati meningkat dengan tempoh perlakuan. Lesi kromatid dan serpihan asentrik adalah jenis aberasi yang paling banyak dicerap akibat pendedahan kepada tanah amang semi proses.
Descrição do item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37783/1/37783.PDF