Kesan amang semi proses ke atas kromosom Setcreasea Purpurea Boom / Sarina Hashim

Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malays...

Descrizione completa

Salvato in:
Dettagli Bibliografici
Autore principale: Hashim, Sarina (Autore)
Natura: Libro
Pubblicazione: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 2002-01.
Soggetti:
Accesso online:Link Metadata
Tags: Aggiungi Tag
Nessun Tag, puoi essere il primo ad aggiungerne!!
Descrizione
Riassunto:Satu kajian telah dilakukan untuk menilai kesan sitotoksik dan genotoksik yang disebabkan oleh sinaran tabii daripada amang semi proses. Sampel amang diperolehi daripada sebuah kilang memproses amang di Dengkil, Selangor. Sampel tanah kawalan diambil dari Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM.). Medium penahaman bagi bioindikator tumbuhan, Setcreasea purpurea Boom terdiri daripada (a) tanah kawalan, (b) campuran tanah-amang semi proses (3:1) dan (c) campuran tanah-amang semi proses (1 :3). Sampel hujung akar dikumpulkan selepas lima hari penanaman sebingga hari ke-15. Sampel yang telah diambil dikenakan praperlakuan, penetapan dan hidrolisis sel sebelum diwarnakan dengan larutao aseto karmein (2%). Teknik skuas sampel hujung akar diatas slaid basah menyediakan satu lapisan sel nipis untuk penyaringan kromosom. Analisis sitologi kromosom somatik mendapati kromosom tumbuhan ini 2n = 24; terdiri daripada empat metasentrik dan lapan submetasentrik. Medium pertumbuhan mengandungi amang semi proses didapati menyebabkan kejadian aberasi kromosom yang dikesan daripada serakan kromosom metafasa dalam sel hujung akar. Tahap kerosakan kromosom didapati meningkat dengan tempoh perlakuan. Lesi kromatid dan serpihan asentrik adalah jenis aberasi yang paling banyak dicerap akibat pendedahan kepada tanah amang semi proses.
Descrizione del documento:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37783/1/37783.PDF