Kepimpinan gaya Steve Jobs / Iskandar Ariffin, Bashir Ahmad Shabir Ahmad and Mohd Elfee Ab Rashid
Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur, mengarah, dan mengawal selia sesuatu aktiviti agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan dan cekap. Setiap pemimpin mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mengendalikan organisasi yang dipimpinnya. Proses pengurusan s...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
UiTM Cawangan Negeri Sembilan,
2022.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur, mengarah, dan mengawal selia sesuatu aktiviti agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan dan cekap. Setiap pemimpin mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mengendalikan organisasi yang dipimpinnya. Proses pengurusan sesuatu organisasi memerlukan kehadiran seorang pemimpin yang berwibawa, berbakat dan berpengetahuan tentang organisasi yang diterajuinya. Steven Paul Jobs ialah seorang usahawan berjaya, pereka industri, pelabur dan pemilik media di Amerika. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Apple, Pengerusi Pixar dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat The Walt Disney. Steve Jobs juga merupakan Pengasas, Pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif NeXT. Beliau diiktiraf secara meluas sebagai perintis revolusi komputer peribadi tahun 1970-an dan 1980-an, bersama rakan perniagaannya Steve Wozniak. Beliau berjaya mencipta perisian dan perkakasan yang berjaya dipasarkan oleh Apple Inc. contohnya termasuk Macintosh, iPod, iPhone, iPad, Apple Watch, Apple TV, HomePod, MacOS dan banyak peranti-peranti yang lain. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65129/1/65129.pdf |