Nilai-nilai murni dalam pengajaran kursus matapelajaran pengajian umum (MPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM): satu tinjauan / Noor Syahida Md Soh, Mahfuzah Mohammed Zabidi and Huzaimah Ismail

Sesuai dengan sistem pendidikan negara yang telah berubah mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi, pengenalan terhadap Pendidikan 5.0 bagi seluruh sistem UiTM mula mengambil tempat dalam memacu pendidikan berkualiti. Pendidikan 5.0 yang diperkenalkan di UiTM merangkumi unsur Pendidikan 4.0 de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Soh, Noor Syahida (Author), Zabidi, Mahfuzah Mohammed (Author), Ismail, Huzaimah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Pahang, 2022-07.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sesuai dengan sistem pendidikan negara yang telah berubah mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi, pengenalan terhadap Pendidikan 5.0 bagi seluruh sistem UiTM mula mengambil tempat dalam memacu pendidikan berkualiti. Pendidikan 5.0 yang diperkenalkan di UiTM merangkumi unsur Pendidikan 4.0 dengan memberikan penekanan terhadap nilai-nilai dan pemikiran masa hadapan yang progresif dalam diri pendidik dan pelajar. Dalam konteks Pendidikan 5.0, penerapan nilai murni dan prinsip-prinsip di dalam ekosistem pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Namun, kajian-kajian lepas mengenai penerapan nilai murni melalui pengajaran lebih tertumpu kepada guru-guru di sekolah berbanding pendidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Merujuk kepada kepentingan penawaran subjek-subjek di bawah kursus MPU yang bermatlamat untuk menerapkan nilai murni serta membina jati diri pelajar, kajian ini akan membincangkan tentang apakah nilai-nilai murni yang diamalkan dalam pengajaran kursus MPU. Dapatan kajian ini diperoleh melalui sesi temu bual tandom semi struktur yang telah dijalankan bersama dua orang informan pensyarah. Dapatan telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik secara abduktif dengan memasukkan kod-kod nilai murni yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menjalankan pengekodan terbuka. Kod-kod nilai murni yang dianalisis telah dikategorikan kepada matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Kategori-kategori ini pada akhirnya telah ditemakan secara induktif kepada nilai murni berbentuk afektif, nilai murni berbentuk kognitif, dan nilai murni berbentuk psikomotor.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67873/1/67873.pdf