Halatuju Program Halaqah dalam kalangan pelajar Melayu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang / Norazmi Anas ... [et al.]

Program Halaqah merupakan satu program berteraskan Islam yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman Islam yang rendah merangkumi elemen akidah, syariah dan akhlak yang menjadi tunjang ajaran Islam. Sel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anas, Norazmi (Author), Zulkipli, Shahril Nizam (Author), Mat Dahan, Ahmad Fadhir (Author), Budin, Aiza (Author)
Format: Book
Published: 2015.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Halaqah merupakan satu program berteraskan Islam yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman Islam yang rendah merangkumi elemen akidah, syariah dan akhlak yang menjadi tunjang ajaran Islam. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai satu usaha dakwah kampus terhadap pelajar-pelajar yang beragama Islam khususnya pelajar Melayu. Penulisan kertas kerja ini bertujuan mengkaji halatuju Program Halaqah terhadap dikalangan pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang dan menghuraikan item-item soal selidik yang digunakan sebagai penanda aras Program Halaqah di UiTM Cawangan Pahang. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis kertas kerja Program Halaqah dan item-item soal selidik supaya kedua-dua objektif kajian di atas tercapai dengan jayanya. Secara umumnya, program ini memberi manfaat yang sangat besar terhadap pelajar-pelajar Melayu di UiTM Cawangan Pahang untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman mereka berkaitan ajaran Islam. Oleh yang demikian, program ini wajar diteruskan pada masa akan datang dan perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa selari dengan pemikiran pelajar-pelajar Generasi Y pada masa kini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67993/2/67993.PDF