Ejen parti politik dalam pilihan raya dewan undangan negeri (Dun) Sarawak 2006: ciri-ciri dan keberkesanannya / Noni Harianti Junaidi, Arenawati Sehat Omar and Junaidi @ Saudi Narani

Penekanan kepada konsep pembangunan modal insan bukanlah perkara baru dalam dunia yang semakin kompetitif. Penerapan ciri-ciri modal insan yang berdaya saing perlu diberi penelitian oleh semua pihak bagi kepentingan bersama. Modal insan yang berdaya saing mampu mencipta, menjana dan membangunkan kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi, Noni Harianti (Author), Omar, Arenawati Sehat (Author), Narani, Junaidi @ Saudi (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penekanan kepada konsep pembangunan modal insan bukanlah perkara baru dalam dunia yang semakin kompetitif. Penerapan ciri-ciri modal insan yang berdaya saing perlu diberi penelitian oleh semua pihak bagi kepentingan bersama. Modal insan yang berdaya saing mampu mencipta, menjana dan membangunkan kepakaran serta kemahiran mereka dalam sesebuah organisasi sejajar dengan kehendak pasaran dan tuntutan globalisasi dan ini menjadi tuntutan dalam arus perkembangan sains, teknologi dan sains sosial yang pesat pada masa kini. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti ciri-ciri ejen parti-parti politik di dalam menyampaikan keperluan - keperluan organisasi semasa pililian raya. Ejen calon kepada parti politik pula merujuk kepada mereka yang dilantik oleh calon bagi sesebuah parti dan mereka bergiat aktif semasa pilihan raya diadakan. Tidak dapat dinafikan bahawa ejen-ejen ini telah memainkan peranan serta memberi sumbangan yang penting kepada keberkesanan sesebuah kempen pilihan raya parti dan mereka merupakan jentera pilihan raya sebelum, semasa dan selepas proses pilihan raya. Sebanyak 36 daripada 71 set soal selidik telah diterima daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa ejen-ejen bagi parti politik ini mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mempunyai ilmu pengetahuan yang diperlukan dan memiliki kompetensi interpersonal yang baik. Mereka juga perlu dilatih dengan kemahiran pengurusan yang relevan. Pada amnya, kelayakan-kelayakan sebegini dikehendaki bagi pemilihan para pekerja atau ejen-ejen yang berminat untuk bekerja demi kepentingan parti, dan sudah pasti ia adalah aset untuk sesebuah kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menguruskan sesebuah pilihan raya dengan jayanya pada masa akan datang.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68090/1/68090.PDF