Apresiasi seni dalam karya seni catan Sulaiman Esa menerusi teori estetik Melayu / Wan Soliana Wan Md Zain ... [et al.]

Penyelidikan ini menerangkan tentang apreasasi seni dalam karya seni catan bertajuk Garden of Mystery IV (1992) oleh Sulaiman Esa. Keindahan karya dan motif dalam catan dianalisis menggunakan pendekatan teori estetika Melayu yang dikemukakan oleh Sulaiman Esa. Permasalahan yang timbul adalah bagaima...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Md Zain, Wan Soliana (Author), Ibrahim, Marzuki (Author), Ayob, Salwa (Author), Ghazali, Noor Hafiza (Author), Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana (Author), Omar, Mazni (Author), Daud, Mohd Zamani (Author), Wan Md Zain, Wan Salwanis (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2023-04.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini menerangkan tentang apreasasi seni dalam karya seni catan bertajuk Garden of Mystery IV (1992) oleh Sulaiman Esa. Keindahan karya dan motif dalam catan dianalisis menggunakan pendekatan teori estetika Melayu yang dikemukakan oleh Sulaiman Esa. Permasalahan yang timbul adalah bagaimana untuk mengesan dan mengenalpasti estetik Melayu dalam motif melalui bentuk, makna dan falsafah yang cenderung dengan pemilikan konsep berhalus (refinement), lembut (flexibility), seimbang (balance), kesatuan (unity), berguna (functionality) dan perlambangan (symbolism). Penyelidikan dijalankan secara kualitatif melalui analisis dokumen, di mana data dikumpulkan dan disaring daripada sumber seperti buku, tesis, jurnal, artikel, laman sesawang dan sebagainya dengan mencari rujukan yang relevan dengan permasalahan. Dapatan penyelidikan menunjukkan penggunaan motif tersebut mempunyai hubungkait antara falsafah keindahan budaya Melayu dengan kesenian Islam. Pemahaman tentang bentuk, maksud, falsafah, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk motif perlu diterapkan di dalam karya seni catan bagi membentuk imej dan identiti bercirikan Islamik. Sekali gus mencerahkan tentang prinsip estetik Melayu, memberi pemahaman tentang konsep kecantikan dari konteks ideologi Melayu dalam seni visual dan membimbing serta berusaha merangsang pelukis menghasilkan ekspresi baharu dalam karya catan seni moden
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79819/1/79819.pdf
Apresiasi seni dalam karya seni catan Sulaiman Esa menerusi teori estetik Melayu / Wan Soliana Wan Md Zain ... [et al.]. (2023) Idealogy Journal <https://ir.uitm.edu.my/view/publication/Idealogy_Journal/>, 8 (1). pp. 83-93. ISSN 2550-214X